BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 5, 2010

Keinginan dan pemilikan itu mampu memberikan kita keselesaan dan kebahagiaan sementara. Tetapi tidak mampu menjadikan kita insan dengan manusiawi yang sejati. Kita perlukan masa untuk melihat dan merenung ke dalam diri. Agar kita tidak menjadi manusia yang dikatakan Allah dalam Surah Al-Furqan, iaitu manusia yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan!

Tuesday, June 29, 2010


In the name of the best within you, do not sacrifice this world to those who do not deserve it. In the name of love, give without hoping getting it back. In the name of the values that keep you alive, do not let your vision be distorted by the afraid, the coward and the mindless. Do not let your fire go out, spark by irreplaceable spark, in the hopeless swamps of the approximate, the not-quite, the not-yet, the not-at-all. Do not let the hero in your soul perish, in lonely frustration for the life you deserved, but have never been able to reach. Check your road and the nature of your battle. The world you desired can be won, it's exist, it's rea, it's possible, it's yours!!!



Wednesday, June 23, 2010

Pesan...


“Anak muda yang dikasihi, pasanganmu adalah seseorang yang telah menghubungkan hati, jasmani dan nasibnya. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah kamu mencurahkan kasih sayang kepada pasanganmu. Setialah dengan mereka dan selaraskan dirimu dalam urusan satu sama lain.

Hindarilah kerumitan hidup bersama, dengan mengabaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga Tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian rohani. Moga dikurniakan kepadamu tumpuan kehidupan; yakni anak-anak tercinta yang sihat, soleh serta menjadi penyinar." - Ayatullah al Uzma Ali Khamenei.



Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lama ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suami dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya. - Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur, Mursyidul Am kelima Jamaah Ikhwan Muslimin .

Sunday, April 11, 2010

Kebanyakan manusia tidak meyedari penderitaan, sebahagian lari dari penderitaan.
Dan, aku berada pada keduanya..

Aku peribadi yang terbebas dari siklus, dan aku jua yang berada di dalamnya.
Di luar atau di dalam, untuk aku jalani, untuk aku sedari..

Kehidupan ada pada keduanya. Dalam dan luar, atas dan bawah, zahir dan batin.
Keseluruhan...

Kebanyakan orang melihat keluar, sebahagian melihat ke dalam dan aku kembali melihat keluar tanpa meninggalkan yang dalam.

Aku melihat pada keduanya dalam satu...

Monday, April 5, 2010

Falsafah Busana Melayu

Saya terpanggil untuk berkongsi falsafah di sebalik baju kurung yang dipetik daripada novel Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani, seorang novelis yang sungguh-sungguh saya kagumi dan begitu menginspirasikan. Betapa utuh nilai keislaman di sebalik busana melayu yang kita pakai selama ini. Sayangnya, ada pihak yang berani-berani menodai kesucian nilai pakaian kita sehingga sanggup memadankan baju kebaya dengan seluar jeans (sebagai contoh). Ini kreatif songsang dan berniat jahat ke atas budaya Melayu kerana menurut FT, jurubusana dewasa ini kebanyakannya tak cukup lelaki, akibatnya pakaian Melayu menjadi kacau bilau dan huru-hara oleh kekeliruan mereka.

Perbualan Sultan Muhammad Syah dengan Manikam Kalbu.....

“Tuanku, pacal namakan busana yang pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi, dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama, busana ini dikurung oleh syarak. Pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.”




“Adapun kurung itu dikurung oleh adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai sama, tahu cara memakainya, dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya”

“Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong”

"Mengapa baju kurung lelaki berbutang lima dan baju kurung perempuan berbutang satu?"





“Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam yakni yang atas itu mengucapkan dua kalimah syahadah, yang keduanya itu solat lima waktu justeru sesuai sekali baju kurung dibawa ke masjid. Rumah ketiga itu mengingatkan kepada puasa Ramadhan dan yang keempatnya supaya si pemakai sedar akan kewajipan berzakat dan yang terakhir ialah jika ada kemampuan, eloklah si pemakainya naik haji."



Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu. Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.”

Tahukah anda, apabila bangsa di timur telah pun pandai mewarna benang, menggunakan benang emas untuk dilekatkan di sepatu, dan menggunakan sutera serta bermacam lagi tenunan, orang Barat masih lagi dalam zaman gelap, benua Eropah masih lagi dicengkam penyakit buta huruf, kusam dan mereka hampir-hampir tidak berpakaian (Dark Ages). Malah benua Amerika pun belum mereka temui ketika itu!

Sungguh saya merasa 'kenyang' seusai membaca novel ini......=)

Saturday, March 6, 2010

Mentafsir Hati



Gerak dan tafsiran hati tidak mudah untuk dinilai lantaran ia sering berubah-ubah. Kerana itulah hati disebut sebagai 'Qalbu'(berbolak balik). Tafsiran hati amat sukar difahami baik oleh mereka mahupun diri sendiri. Suatu saat kata hati berbisik sesuatu, dan pada saat yang lainnya dengan mudah kata hati itu berubah. Kesukaran untk menterjemah menjadikan hati sering keliru untuk membeza rasa. Lalu, biarkan hati mencari masa, mencari ruang, mecari kesempatan, untuk menafsirkan apa yang dikandung.

Mengapa Pilih Derita

Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..
~Ahli fikir~ (Derita Merindu)

Ada yang lebih gemar memilih derita sedangkan jalan-jalan bahagia masih terbentang luas. Maka persoalannya, untuk apa? Atau lebih tepat berbaloikah derita untuk mengecap bahagia yang belum pasti? Atau benarkah apa yang ditanggung itu benar-benar sebuah derita..atau cuma sekadar dongengan yang ditanggung oleh sang penderita yang kononnya rela berkorban atas kepercayaan bahawa derita akan beransur pudar dan sinar bahagia bakal menjelma, seperti menjelmanya siang menggantikan malam atau seperti menjelmanya mentari menggantikan hujan. Jalan yang terbaik adalh dengan muhasabah diri dan kembali kepada fitrah! Untuk apa kita diciptakan melainkan untuk menjadi khalifah di muka bumi. Untuk apa kita menderita melainkan semta-mata kerana Allah Taala, semata-mata. Justeru, hidup terlalu singkat untuk meratapi kesedihan mahupun untuk menanggung penderitaan yang hakikatnya bukanlah penderitaan yang wajar. Penderitaan yang wajar adalah penderitaan yang benar-benar berada di jalan Allah Taala, di mana sang penderita dapat merasa manisnya penderitaan itu!

Wednesday, February 24, 2010

Rahmatan Lil 'Alamin

Lahir seorang bayi yang elok rupa lagi sihat badannya pada suatu malam Isnin di bulan Rabiul Awal tanggal 12 haribulan bertepatan dengan tahun 570 Masehi. Si ibu, Siti Aminah ternyata tidak menanggung penderitaan yang berat sebagaimana kebanyakan ibu-ibu biasa ketika melahirkannya. Di sisi, hambanya Siti Syifa’ selaku bidan menyambut kelahiran bayi itu Dibersihkan badannya kemudian dibalutnya dengan kain putih bersih.

Sungguh menghairankan Siti Syifa’ yang juga merupakan ibu kepada Abdul Rahman Auf, tatkala menyambut kelahiran manusia agung tersebut. Bayi tersebut langsung tidak menangis, tetapi hanya bersin. Seakan sama dengan apa yang terjadi kepada bapa kita Nabi Adam. Setelah hidup dan bernafas, tiba-tiba beliau bersin.

Malah suasana di rumah Abdul Muttalib yang hanya diterangi cahaya pelita, tiba-tiba menjadi terang benderang. Manakala di luar rumah, berhala-berhala yang berdiri megah di sekeliling Ka’abah semua tumbang seperti ditolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah Kaabah. Nun jauh di Farsi, api yang menjadi pujaan rakyat Farsi yang beragama Majusi sejak dinyalakan tidak pernah padam, tiba-tiba sahaja padam. Istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang.

Manakala di atas langit pula para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agung yang akan membawa obor yang terang benderang untuk menyuluh umat manusia yang sedang bergelumang hidup di dalam kesesatan.

RAHMATAN LIL 'ALAMIN..!

Tuesday, February 23, 2010

Mengapa Ada Derita

Tuhanku...

Sungguh ganjil
Bagaimana bisa
Sekian lama
Aku tergiur
Pada yang selainMu..

Penderitaan adalah kerana pemilikan dan keterikatan.Ia muncul kerana adanya kelekatan atau 'attachment'. Kebergantungan terhadap sesuatu hingga lupa pada pergantungan yang lain yang sebenarnya adalah menjadi sumber ketidakbahagiaan. Ia sumber menjauhkan kita dari manusia lain. Malah boleh menjadi maya buat beberapa lama hingga menomborduakan Tuhan.

Keinginan dan pemilikan itu mampu memberikan kita keselesaan dan kebahagiaan sementara. Tetapi tidak mampu menjadikan kita insan dengan manusiawi yang sejati. Kita perlukan masa untuk melihat dan merenung ke dalam diri. Agar kita tidak menjadi manusia yang dikatakan Allah dalam Surah Al-Furqan, iaitu manusia yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan!

Cinta Itu Bukan Tuhan

Cinta itu bukan Tuhan. Maka bukan semua kehendak cinta harus dipatuhi. Cinta adalah ketulusan hati yang diserahkan. Ia ibarat mentari; menyinar tanpa mengharap untuk disinari, memberi tanpa mengharap kembali. Seringkali cinta digambarkan begitu suci. Tapi sayang, banyak cinta suci yang hilang kesuciannya lantaran menyangka bahawa ia akan kekal suci buat selamanya.

Cinta terus menyinar, menguntum adakalanya mengembang seketika lantas menguncup . Cinta datang dan pergi. Dan hidup begitu singkat untuk mempersoalkan tentang cinta yang sia-sia. Cinta yang tidak kesampaian. Cinta yang tidak berpenghujung. Hidup bukan semata-mata mempersoalkan tentang cinta. Hidup penuh dengan soal-soal lain yang jauh lebih penting.

Pergerakan masa yang terus berinjak tanpa penat hingga tiba suatu tahap ia merubah erti cinta buat sekalian khalayak pencari cinta. Signifikasi, pengertian malah rasanya semakin berbeza. Andai cinta itu tidak lagi suci, jangan disalahkan cinta. Tetapi persoalkan sang pencinta dan pencari cinta, adakah mereka benar-benar suci untuk menggenggam cinta yang suci?

Ketika ini, cinta masih kekal suci. Namun apakah cinta yang datang, cinta yang pergi, cinta yang menjengah seketika atau lama. Dalam diri si anak kecil, si tua bangka, si gadis atau teruna, hamba sahaya mahupun raja. Apakah ia sesuatu yang perlu atau sekadar ikut-ikutan demi mencari cinta sebenar? Ah, kita sudah terlalu lama untuk menilainya meski pencarian itu tidak akan pernah terhenti.