Setiap detik kehidupan kita berlangsung tanpa kita sedari. Tapi tidak pula kita sedari bahawa setiap detik yang kita lalui sebenarnya mendekatkan kita pada kematian. Ya, hidup lawannya mati. Setiap yang hidup pasti merasai kematian. Pasti! Seperti yang telah disedut dalam Al Quran “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (Al-Quran. 29:57)
Ya, ayat ini signifikan sekali dalam kehidupan kita. Cuba kita imbas kembali tatkala seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Kedua mereka sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.
Hari ini, 8 Julai 2009 datuk saudara saya, Haji Salleh telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Beliau pernah menjadi seorang pendidik dan peribadi beliau amat disenangi sesiapa sahaja. (klik sini)Beliau mengikut jejak isteri tercintanya yang baru menghembuskan nafas terakhir hanya beberapa minggu yang lepas! Tuhan...seorang demi seorang telah pergi menemui Yang Maha Pencipta lebih dulu daripada kita. Ya, mati itu pasti. Cuma kita yang masih hidup seboleh mungkin mencari sebanyak mungkin “bekal’ untuk dibawa pulang nanti. Al-Fatihah untuk allayarham…
Thursday, July 9, 2009
Takziah...
Posted by enigma hijau at 1:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
insyallah..
Post a Comment